Translate

Tuesday, December 2, 2014

Suasana majlis penyampaian hadiah ADS1M 2014

Majlis penyampaian hadiah ADS1M turut dimeriahkan dengan kehadiran penduduk kampung yang amat menggalakkan. Dianggarkan 320 orang penduduk telah hadir di majlis tersebut. Majis turut diserikan dengan persembahan tarian tradisi daripada kanak-kanak tabika KEMAS dan para belia kampung Kilimu.


Gelagat penduduk kampung di dalam dewan
Antara penduduk kampung yang berada di luar dewan  



Persembahan tarian oleh belia kampung
Persembahan tarian Magunatip oleh belia kampung
Pemenang cabutan nama bertuah 1


Pemenang cabutan nama bertuah 2

Monday, December 1, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ADS1M PERINGKAT NEGERI SABAH

Majlis penyampaian hadiah ADS1M peringkat negeri Sabah telah dijalankan di dewan GDW Kampung Kilimu pada 1 Disember 2014. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ( Menteri Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah).

Ketibaan YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di dewan GDW Kampung Killimu
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun bersalaman dengan penduduk kampung




Pemenang tempat ketiga-Kampung Merapong Keningau  
Pemenang tempat kedua- Kampung Baru Jumpa Tenom

Pemenang tempat pertama-Kampung Kilimu Ranau
Pengarah Kemas dan barisan panel hakim ADS1M peringkat negeri Sabah

Saturday, November 29, 2014

Info JKKK

Majlis makan amal Sekolah Kebangsaan Kilimu dengan kerjasama JKKK Kg. Kilimu telah diadakan pada  29.11.2014 di dewan GDW Kg.Kilimu. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Faimin Kamin Pegawai Daerah Ranau.

Suasana majlis makan malam amal K-ILMU

Friday, November 28, 2014

PAGE FB RUMAH PENGINAPAN KILIMU

Rumah penginapan Kilimu dengan kadar sewa yang berpatutan iaitu  RM55.00 per/mlm, mempunyai 6 buah bilik yang selesa untuk dihuni. Lokasi adalah bersebelahan dengan Dewan Kilimu.
Facebook rumah penginapan Kilimu

Majlis Penyampaian Hadiah ADS1M 2014 peringkat Negeri Sabah

Kami mengalu-alukan kehadiran tuan/puan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA 2014 PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 01.12.2014 BERTEMPAT di DEWAN KILIMU JAM 01.00 PETANG.
Terima kasih.

Info Pendidikan ^__^

[23:01, 11/27/2014]  +60 19-893 6282 : Tuan2/Puan2...pada 02.12.2014 bahagian Pembiayaan Pengajian Yayasan Sabah akan mengadakan temu duga pelajar tahun 6 yang mendapat 5A atau 4A 1B.semua pelajar yang mendapat keputusan UPSR seperti yang tersebut di alu2kan datang dan bawa dokumen seperti : Surat lahir/ IC, Slip UPSR,
Salinan IC . Kedua ibubapa.

Tempat: PPD Ranau
Tarikh   : 01.12.2014
Masa     : 9.00 pagi -4.30 ptg
[23:01, 11/27/2014]  +60 19-893 6282 : Tlg sebarkan berita baik.  Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 sekolah anak2 kita. Jgn tutup pintu peluang mereka.

Makluman kpd ibubapa yg berpendapatan kurang RM 850 dengan tanggungan yg banyak dan inginkan anak bersekolah di MRSM ting 1 2015 boleh merujuk kepada pejabat MARA atau MRSM yang terdekat.
Cukup dengan syarat minimum 3A2B.
Tarikh tutup 10 Dis 2015.
[23:01, 11/27/2014]  +60 19-893 6282 : 10 dis 2014

Tuesday, November 25, 2014

Info Pendidikan

Kepada semua adik2 yg akan mendapat keputusan UPSR hari ini Sabah dan Sarawak...jika berminat bolehlah mencuba dan kunjungi laman web yg ada dlm info ini ya..

Info Pendidikan

Salam sejahtera,
Esok,Rabu 26.11.2014...keputusan UPSR akan diumumkan di semua sklh di seluruh Malaysia...semoga semua calon khasnya calon di SK.Kilimu akan mendapat kejayaan yg cemerlang.

Sunday, November 23, 2014

'PAGE' JKKK KG.KILIMU

Atas cadangan,dorongan dan sokongan dr pihak2 tertentu khasnya Kakitangan KEMAS Daerah,Kakitangan Atasan HQ KEMAS dan mantan Hakim2 ADS1M Negeri maka wujudlah page ini...dan kami warga kampung amat mengalu-alukan agar beloger yg berada di luar sana dan di mana jua sudi mengLIKE page kampung kami ini.
Terima kasih :)
Facebook JKKK Kg.Kilimu

Makluman semasa ^__^'

Salam Sejahtera...
Malam ini barisan AJK Tertinggi JKKK Kg.Kilimu akan mengadakan TAKLIMAT ADS1M 2014 PERINGKAT KEBANGSAAN kpd warga kampung pada jam 07.00 malam,beberapa minit saja lagi...bertempat di Bilik Gerakan JKKK...

Saturday, November 22, 2014

Suasana Bermesyuarat JKKK

Inilah antara suasana apabila pentadbiran kampung mengadakan mesyuarat2 umum bersama warga kampung.

Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 57 Tahun..

Pelancaran Mengibar Jalur Gemilang pada 02.08.2014 & Sambutan Hari Malaysia yg tlh dirasmikan olh Pegawai Daerah Ranau,YBhg.Tuan Hj.Faimin Kamin pada 16.09.2014 yg lalu.

Friday, November 21, 2014

Surau Kg.Kilimu

Penantian yang kini semakin hampir menjadi kenyataan...hampir 90% siap dan merupakan salah satu kemudahan yang terdapat di kampung kami...

Pemeliharaan Ikan Kelah..




 Ikan dipelihara di kolam sebagai salah satu tarikan kepada pengunjung yang datang berkhemah di kampung kami ini...

Bengkel ADS1M









Bengkel Persediaan sempena Pertandingan ADS1M 2014 peringkat Kebangsaan yg dijadualkan akan dijalankan pada 15.12.2014...kehadiran mantan hakim2 ADS1M peringkat Negeri ini sekali lagi membuat tinjauan di kampung  menguatkan lagi semangat barisan AJK ADS1M Kg.Kilimu..




Saturday, October 25, 2014

Tapak Perkhemahan Kilimu ^_^




Kawasan tapak perkhemahan ini juga terletak di kawasan perkampungan. Menyediakan kemudahan tandas dan air paip yang bersih. Seringkali menerima kunjungan dari pelajar UiTM cawangan Kota Kinabalu, persatuan-persatuan Unit Beruniform dan lain-lain.

Rumah Penginapan Kilimu_RPK ^_^




Salah satu kemudahan yang ada di kampung kami, yang mana setakat ini telah mendapat sambutan yang agak baik daripada penempah sekitar Daerah Ranau dan juga daerah-daerah lain.